Kartel Monopoli Diesel Di Sarawak Dicekup – SPRM

SPRM mengesahkan telah menahan individu membabitkan kartel tender serta membekal diesel dengan cara yang mencurigakan di Sarawak.

PETALING JAYA, 10 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menahan individu membabitkan kartel tender serta membekal diesel dengan cara yang mencurigakan di Sarawak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, maklumat lanjut kes ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Terdapat satu kes penyeludupan diesel di Sibu dan sudah ada tangkapan, tetapi saya tidak boleh dedahkan jumlahnya.

Antara individu yang ditahan SPRM kerana disyaki memonopoli penjualan diesel subsidi di Sarawak sejak 10 tahun lalu.

“Saya embargo terlebih dulu sebab saya akan buat sidang akhbar dalam masa terdekat.

“Biar siasatan dan tindakan dijalankan oleh pegawai kami dulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), di Wisma Ungku A Aziz, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan sebuah syarikat menjadi kartel dalam perniagaan pembekalan bahan api ke seluruh negeri Sarawak dipercayai menyebabkan kerugian puluhan jutaan ringgit.

Siasat Dalang Kekurangan Diesel Di Stesen Petronas Di Sarawak – Jame Stephen

Rangkaian sindiket dipercayai membayar wang rasuah kepada ‘orang dalam’ sebagai balasan untuk memperoleh kontrak atau tender pembekalan minyak diesel di sekitar negeri terbabit.

Hasil daripada pemberian rasuah itu, sindiket ini berjaya memperoleh tender serta kontrak pembekalan diesel komersial kepada kepada salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Sindiket dipercayai memonopoli tender ini sejak 10 tahun lalu sehingga kini.

Mereka berjaya memenangi tender kerana menawarkan harga minyak diesel yang rendah berbanding petender syarikat pengeluar minyak besar yang lain.

Selain itu, bekalan minyak diesel untuk dibekalkan kepada kerajaan negeri ini juga dipercayai akan diseludup serta diseleweng kepada kapal luar persisir (offshore).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *