Jame Stephen Bidas Saranan Larry Minta Penyokong PH Sokong GPS

Jame meminta beliau memahami konteks Kerajaan Perpaduan dan kepentingan parti seperti KEADILAN dan DAP terus bertapak di negeri ini. Foto Facebook Jame Stephen
BINTULU, 29 Jul – Seorang aktivis KEADILAN Sarawak hari ini tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng Wei Shien yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) Sarawak pada masa ini tidak wujud dan meminta penyokong-penyokongnya untuk menyertai GPS ataupun parti tempatan lain.
Sambil kecewa dengan Larry yang pernah menjadi Pengerusi KEADILAN Sarawak sebelum keluar daripada parti, Jame meminta beliau memahami konteks Kerajaan Perpaduan dan kepentingan parti seperti KEADILAN dan DAP terus bertapak di negeri ini.
“Kita sepatutnya faham bahawa kestabilan politik Kerajaan Perpaduan hari ini ialah atas dokongan PH, BN dan GPS termasuk partinya sendiri iaitu PBM yang mana beliau sendiri antara pendokong Kerajaan Perpaduan walaupun hanya memenangi satu kerusi iaitu parlimennya sendiri di Julau.
“Sebagai orang politik, suhu politik haruslah dikendurkan dan kerajaan harus lebih fokus kepada agenda yang lebih besar iaitu agenda reformasi.
“Dokongan yang berprinsip dan teguh daripada setiap komponen parti dalam kerajaan haruslah dijaga dengan tertib dan beradab agar segala dasar yang tidak popular seperti penyasaran subsidi diesel dapat dilaksanakan dan segala permasalahan berkaitan dapat diselesaikan dengan baik,” tambahnya lagi.
“Kita harus soal diri kita sendiri, apakah yang telah di laksanakan sebagai salah sebuah parti daripada Kerajaan Perpaduan hari ini? Adakah sebagai pendokong ataupun hanya menumpang sebagai salah sebuah parti kerajaan yang tidak berbuat apa-apa” ujarnya.
NETR Bawa Manfaat Jangka Panjang Kelestarian Tenaga Negara – Jame Stephen
Beliau mengulas kenyataan dikeluarkan oleh Larry selepas satu sesi audio siar (podcast) Premier Sarawak, Abang Johari di ‘Keluar Sekejap’ bersama bekas ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.
Mengulas mengenai sesi podcast tersebut, Jame berkata Premier Sarawak pada ketika ini adalah individu yang paling berkuasa di Sarawak sehinggakan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan dan menjadi sebahagian daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) kemudianya menjadikan GPS menguasai 80 daripada 82 kerusi Adun di Sarawak.
“Apakah ini perkara baharu dalam politik Sarawak? Tentunya tidak. Parti-parti tempatan yang menang beberapa kerusi Adun akan masuk juga akhirnya menjadi kerajaan kerana ketidakmampuan mereka untuk menjadi pembangkang yang pada dasarnya adalah menjadi elemen semak dan imbang kepada kerajaan.
Teroka Industri Tenaga Boleh Baharu Bagi Manfaat Rakyat Sarawak Terlebih Dahulu – Jame Stephen
“Ini adalah dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan secara turun temurun yang terbukti berkesan dilakukan oleh pemerintah di wilayah Sarawak yang sebelum ini BN dan sekarang GPS.
“PH Sarawak antara parti yang tidak pernah sama sekali mengecewakan rakyat Sarawak kerana setakat hari ini PH Sarawak tidak pernah menyertai secara langsung sama ada GPS mahupun BN di Sarawak.
Tambah Jame lagi, PH Sarawak bersedia secara moral bertanding sebagai pembangkang di Sarawak pada PRN akan datang memandangkan PH mempunyai ramai pendokong parti yang masih kuat akarnya.
PM Anwar Bertindak Tepat Kutuk Serangan Israel Ke Atas Kedutaan Iran – Jame Stephen
Hanya isu politik itu biarlah secara politik dalaman kerana tumpuan kerajaan hari ini yang didokong oleh kekuatan asasnya daripada PH iaitu 82 kerusi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Situasi politik yang agak menekan dan sangat “fragile” ketika ini membawa PH Sarawak terutamanya KEADILAN lebih kepada “wait and see” dalam erti kata lain bersedia dalam keadaan berjaga-jaga.
“Tidak timbul soal tidak wujud, kebanyakan pimpinan dan akar umbi parti masih kuat dan sentiasa menggerakkan parti untuk menyebar luas kefahaman rakyat tentang dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.
Ambil Iktibar Pembubaran PSB Gagal Raih Sokongan, Jadi Pemecah Undi – Jame Stephen
“Ada banyak isu dan dasar yang rakyat tidak faham, itu adalah tugas utama pimpinan PH terutamanya KEADILAN yang sudahpun bertapak sebagai cabang di setiap kawasan parlimen di seluruh Sarawak.
Mengulas lanjut mengenai tugas sebagai semak dan imbang kerajaan GPS di Sarawak, Jame berkata proses semak dan imbang kerajaan GPS masih berlaku kerana pembangkang di Sarawak masih mempunyai dua kerusi sahaja iaitu kedua-duanya adalah kerusi DAP.
“Tugas semak dan imbang kerajaan GPS dilakukan sebaiknya oleh PH Sarawak melalui perbincangan dalaman demi untuk rakyat Sarawak, jadi soal wujud ataupun tidak terserah kepada Premier Sarawak untuk membuat kenyataan kerana itu adalah persepsi dan tanggapan beliau melihat kepada situasi pada masa ini,” ujarnya lagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

