Teroka Industri Tenaga Boleh Baharu Bagi Manfaat Rakyat Sarawak Terlebih Dahulu – Jame Stephen

Jame Stephen menggesa pihak berkepentingan agar mencari jalan menambah penghasilan tenaga boleh baharu bukan sahaja untuk dieksport ke Singapura tetapi yang lebih penting kelestarian tenaga di Sarawak diutamakan dahulu dalam apa juga keadaan.

BINTULU, 14 Mei – Para pemain industri minyak dan gas (O&G) disaran meneroka teknologi baharu termasuk menumpukan sumber dan hasil penyelidikan mereka kepada sektor tenaga hijau bagi kelestarian tenaga di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Ini ditegaskan aktivis KEADILAN Sarawak Jame Stephen yang berpandangan tenaga boleh baharu seperti solar, biojisim dan hidro boleh diaplikasikan tanpa mengganggu alam sekitar yang sedang dilanda kemerosotan kualiti.

Menurutnya, ia penting selain menjamin bekalan tenaga kekal mampan, rakyat Sarawak juga akan mendapat manfaat sampingan hasil daripada penerokaan tenaga baharu seperti menambah peluang pekerjaan dalam sektor tenaga hiliran dan mengekalkan biodiversiti negeri ini.

“Saya menyeru semua pemain utama industri minyak dan gas lebih bersedia meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui kerana ia bukan sekadar memelihara alam sekitar malah boleh juga mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau yang menjadi punca kualiti alam semakin merosot.

Jame Stephen menggesa pihak berkepentingan agar mencari jalan menambah penghasilan tenaga boleh baharu bukan sahaja untuk dieksport ke Singapura tetapi yang lebih penting kelestarian tenaga di Sarawak diutamakan dahulu dalam apa juga keadaan.

“Oleh itu KEADILAN Sarawak menggesa pihak berkepentingan agar mencari jalan menambah penghasilan tenaga boleh baharu bukan sahaja untuk dieksport ke Singapura tetapi yang lebih penting kelestarian tenaga di Sarawak diutamakan dahulu dalam apa juga keadaan,” katanya.

Beliau diminta mengulas perancangan kerajaan negeri mengeksport tenaga ke republik itu yang dijangka bermula pada 2031.

Terdahulu media melaporkan sumber tenaga yang dijana di negeri ini akan mula dihantar menerusi kabel dasar laut ke Temasek bagi memenuhi permintaan tenaga yang dijangka meningkat pada kadar lapan peratus setahun pada 2028.

Mengulas lanjut Jame menggesa kerajaan negeri agar mendahulukan pembinaan infrastruktur tenaga di negeri ini terlebih dahulu bagi meningkatkan taraf hidup rakyat yang belum mencapai tahap yang memuaskan.

‘Ahmad Fadhli Yang “Koyak, Mudah Melenting” Bila Warganet Dedah Kebobrokannya’- Jame Stephen

Beliau mengambil contoh masih banyak lagi kawasan pedalaman di Hulu Rajang dan Baram belum menerima bekalan tenaga 24 jam dan ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri setelah sekian lama menunggu bekalan tenaga dapat dinikmati penduduk.

“Daripada hanya mengejar kemajuan yang masih tidak seimbang antara daerah, ada lebih baik kerajaan negeri menumpukan infrastruktur tenaga kepada kawasan pedalaman agar kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan,” ujarnya lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *