Orang Ramai Dinasihat Tidak Panik Antara 1 Hingga 10 Ogos Depan

Antara aset TUDM yang akan terlibat dalam Latihan Kelawar 2024 bermula 1 sehingga 10 Ogos depan.

KOTA KINABALU, 29 Jul – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan Kelawar 2024 bermula dari 1 hingga 10 Ogos 2024 di kawasan Op Pasir, Sabah.

Menurut kenyataan Markas Tentera Udara berkata, latihan berkenaan melibatkan helikopter dan Pasukan Khas TUDM.

Katanya, eksesais itu bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal di samping memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam.

“Sepanjang eksesais berlangsung, helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di sekitar daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat berkenaan terbang rendah sepanjang tempoh eksesais,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *