Ambil Iktibar Pembubaran PSB Gagal Raih Sokongan, Jadi Pemecah Undi – Jame Stephen

Aktivis KEADILAN Sarawak Jame Stephen menggesa agar semua pihak mengambil iktibar daripada pembubaran PSB sebagai isyarat mana-mana parti politik mesti memperolehi mandat sebenar daripada rakyat.

BINTULU, 3 Apr – Pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) diketuai oleh Tan Sri Dr. Wong Soon Koh dikatakan akan berlaku seperti yang dilaporkan The Borneo Post bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sudah meluluskan pembubaran parti itu.

PSB yang baru sahaja ditubuhkan beberapa tahun ini pada mulanya dilihat sebagai salah satu parti pembangkang utama di Sarawak.

Namun hasrat dan kemampuan sebenar PSB sebagai parti pembangkang di Sarawak hanya diuji pada PRN negeri Sarawak ke-12 dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 19 November 2022.

Menyingkap kembali sejarah PSB, pada mulanya memberi impak kepada rakyat Sarawak yang kecewa dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah sejak kemerdekaan diberikan kepada Sarawak pada 22 Julai 1963.

Sarawak kemudian menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 bersama-sama Sabah dan Singapura.

Jame Stephen, seorang aktivis KEADILAN Sarawak berkata, PSB sememangnya diketahui dari awal penubuhannya adalah hanya sebagai ejen pemecah undi pembangkang pada PRN-12 yang mana GPS bertanding bebas tanpa pengaruh daripada Barisan Nasional (BN).

Aktivis KEADILAN Sarawak Jame Stephen menggesa agar semua pihak mengambil iktibar daripada pembubaran PSB sebagai isyarat mana-mana parti politik mesti memperolehi mandat sebenar daripada rakyat.

“PSB berjaya dalam melakukan tugas mereka dengan adanya dana diberikan bagi meyakinkan rakyat yang segelintir percaya bahawa PSB sebagai parti yang boleh menandingi malah mampu menggugat GPS,” katanya.

Tambahnya lagi rakyat yang sudah mengundi mereka pada PRN ke-12 sangat kecewa dengan pembubaran ini kerana ramai yang beranggapan bahawa PSB ini sebagai parti yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka yang tidak mampu diselesaikan oleh GPS.

”Saya menggesa semua pihak agar mengambil iktibar daripada pembubaran PSB ini sebagai satu isyarat bahawa memperjuangkan nasib rakyat bukan ditentukan oleh taikun atau jutawan tetapi oleh rakyat yang yakin dengan usaha dan kemampuan seluruh jentera parti,” ujarnya lagi.

Pada PRN Sarawak ke-12, PSB meraih undi popular sebanyak 139,515 undi berbanding GPS iaitu 457,233 undi.

Parti itu juga berjaya memenangi empat kerusi DUN dan menempatkan diri sebagai pembangkang bersama dengan dua kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

Satu Anchom berpendapat bahawa rakyat di negeri ini tertipu dengan PSB kerana mereka telah menabur pelbagai janji untuk melakukan perubahan di negeri ini.

Sementara itu, bekas calon PH pada PRN ke-12 bagi DUN Ngemah, Satu Anchom berpendapat bahawa rakyat di negeri ini tertipu dengan PSB kerana mereka telah menabur pelbagai janji untuk melakukan perubahan di negeri ini.

Pendapat yang berbeza daripada beliau berkenaan dengan pembubaran PSB ini merupakan satu tindakan yang baik agar parti yang bertanding di Sarawak semakin berkurangan.

Ini juga membolehkan parti pembangkang di Sarawak bergabung untuk memberikan keyakinan kepada rakyat bagi menyaingi pengaruh GPS pada PRN akan datang.

Beliau juga berpendapat parti pembangkang di Sarawak harus bekerja dari awal dan menyatakan pendapat mereka kepada isu-isu setempat, isu negeri mahupun isu nasional yang menyentuh berkenaan ekonomi, politik dan kemunduran infrastuktur.

“Dengan gerak kerja yang awal dan tersusun, saya fikir akan lebih ramai rakyat di negeri ini akan menyokong parti selain daripada GPS,” ujarnya lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *