Jalan Kota Kinabalu-Keningau Kini Hanya Dibuka Satu Lorong Akibat Cerun Runtuh

Jalan Kota Kinabalu-Keningau kini dibuka satu lorong setelah runtuhan dibersihkan lewat petang tadi. Foto JKR Sabah

KOTA KINABALU, 25 Mei – Jalan menghubungkan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom kini dibuka satu lorong susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini.

JKR Sabah memaklumkan, bagaimanapun jalan menghubungkan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom itu hanya dibuka satu lorong kepada kenderaan.

Jalan Kota Kinabalu-Keningau kini dibuka satu lorong setelah runtuhan dibersihkan lewat petang tadi. Foto JKR Sabah

“Satu lorong jalan telah dibuka untuk dilalui sementara kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan,” katanya. 

Terdahulu kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *