PM Anwar Rasmi HAWANA 2024 Di Kuching Esok

Sesi raptai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 berjalan lancar hari yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Waterfront, Kuching esok. Foto Arkib
KUCHING, 26 Mei – Raptai penuh Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Hotel Waterfront di sini, hari ini, berjalan lancar dengan beberapa sentuhan akhir akan dibuat bagi memastikan kelancaran acara berkenaan esok.
Menurut sumber, sesi persiapan dilaksanakan petugas sejak pagi dan turut dipantau beberapa unit daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) serta kerajaan Sarawak.
Majlis kemuncak akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut disertai kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada wartawan dan pengamal media tempat serta luar negara selain pelbagai wakil agensi.

“Sesi raptai hari ini berjalan lancar dan ada beberapa sentuhan akhir yang perlu dilakukan kerana kita ada beberapa acara penting dalam majlis kemuncak esok.
“Esok kita akan meraikan wartawan dan pengamal media termasuk kehadiran 20 wakil media luar negara,” katanya sumber itu.
Pada majlis kemuncak esok, Perdana Menteri akan menyampaikan Anugerah HAWANA 2024 selain bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada penerima memerlukan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.
HAWANA 2024, acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Bernama sebagai agensi pelaksana.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
