Ibu Bapa Zayn Rayyan Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan

Kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan semalam bagi membolehkan mereka direman hari ini untuk membantu siasatan. Foto Arkib

PETALING JAYA, 1 Jun – Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Mahkamah Majistret di sini, bagi permohonan reman hari ini.

Pasangan itu tiba kira-kira jam 8.50 pagi menaiki kenderaan polis sambil beberapa ahli keluarga mereka yang menanti di pekarangan mahkamah, sejak awal pagi.

Mereka kemudiannya dilihat masuk ke dalam kamar mahkamah dengan diiringi sekumpulan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kira-kira jam 9 pagi.

Reman tujuh hari diperolehi sebentar tadi bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak berkenaan.

Pada Jumaat media melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu, ditahan polis.

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *