Hukuman Berat Wajar Dikenakan Terhadap Pemimpin Seperti Tony Pua

Siasatan terhadap Tony Pua wajar disusuli dengan hukuman sewajarnya bagi memberi peringatan kepada pemimpin lain agar kebebasan bersuara tidak boleh diperlakukan sesuka hati.
PENDAPAT, 22 Mei – Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berpelambagaan sejak sekian lama dihormati rakyat pelbagai kaum, memberi interpretasi kepada dunia bahawa sistem unik ini menjadi payung perlindungan di atas mana-mana kuasa politik kepartian.
Namun, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak pandangan ‘melepasi garisan merah’ dilakukan seolah mengundang provokasi tidak wajar yang boleh menggusarkan orang awam.
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mencetuskan kegusaran awam, menggugat keharmonian masyarakat serta memperlekehkan institusi penting negara wajar ditangani secara tegas mengikut lunas undang-undang.

Batas kebebasan bersuara sebenarnya mesti diamalkan agar tidak menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.
Kenyataan dikeluarkan oleh Tony Pua sehingga dianggap memperlekehkan institusi diraja dan kehormatan Rukun Negara telah mengundang reaksi negatif daripada masyarakat, terutamanya orang Melayu yang menghormati institusi diraja.
““Sebagai sebahagian daripada kenyataan, saya mengesahkan bahawa saya menulis sendiri hantaran di Facebook itu, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak lain.
“Apabila ditanya tentang niat hantaran itu, saya menjawab bahawa ia adalah untuk berkongsi pandangan saya tentang Rukun Negara. Apabila ditanya tentang maksud hantaran itu, saya menjawab bahawa ia adalah mengikut apa yang tertulis,” katanya seperti dipetik daripada hantaran di Facebook.
Susulan itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) memulakan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Perkara membabitkan institusi diraja bukan isu kecil kerana ia berkait rapat dengan asas kestabilan negara, perpaduan rakyat dan keluhuran Perlembagaan negara tanpa tafsiran memesong fakta bagi mewajarkan pandangan mana-mana pihak.
3R: Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Tony Pua Sentuh Raja Berpelembagaan, Rukun Negara
Sebarang kenyataan sensitif yang menyentuh institusi negara perlu dielakkan kerana boleh membuka ruang kepada polemik berpanjangan serta mencetuskan salah faham antara kaum dan kelompok masyarakat.
Oleh itu, tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu dipertimbangkan sekiranya didapati berlaku pelanggaran terhadap peruntukan sedia ada, tanpa kecuali termasuk kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Sepatutnya ahli politik sebagai pencetus minda positif perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan awam, khususnya di media sosial yang pantas mempengaruhi persepsi masyarakat.
Puad Dakwa Tony Pua, Rafizi Adalah ‘Kembar Raja Formula’ Temberang
Kebebasan bersuara bukan lesen untuk menghina atau memperlekehkan institusi yang menjadi tunjang negara dan simbol perpaduan serta kestabilan rakyat.
Adalah wajar ketegasan dalam menangani isu seperti dilaksanakan bagi memastikan keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap institusi negara terus dipelihara.
Usah terpengaruh dengan pemimpin toksik yang merosakkan termasuk Abdul Hadi sebaliknya bersama-sama mempertahankan prinsip kesopanan dan keluhuran yang menjadi asas pembinaan negara Malaysia sejak sekian lama.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
