Ketua AMK Keluar Parti Namun KEADILAN Tanjung Malim Kekal Utuh

Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Tanjung Malim, Baharul Kalam Zainun.

TANJUNG MALIM, 22 Mei – Walaupun beberapa anggota termasuk Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Muhammad Haziq Azfar Ishak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Exco AMK Pusat dan parti pada Rabu lalu, KEADILAN Tanjung Malim tetap kukuh.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Tanjung Malim, Baharul Kalam Zainun berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan hak setiap anggota untuk membuat pilihan dan keputusan politik masing-masing.

“Kami menghormati keputusan tersebut dengan hati terbuka serta mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

Muhammad Haziq Azfar Ishak, sememangnya merupakan ‘proksi’ Rafizi dalam AMK malah mengendalikan podcast ‘Yang Berhenti Menteri’ sejak Rafizi meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi, Jun tahun lalu.

“Walau bagaimanapun, KEADILAN Tanjung Malim tetap utuh, stabil dan terus mara bersama anggota serta pimpinan yang kekal setia kepada perjuangan rakyat dan agenda reformasi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, perjuangan reformasi tidak akan terhenti, semangat perjuangan untuk membela rakyat dan membawa perubahan yang lebih baik akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Tambah beliau, semangat anggota parti kekal tinggi dan giat bekerja keras menuju ke arah kesiapsagaan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang menafikan 11 ahli parlimen KEADILAN menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim merupakan Naib Presiden KEADILAN sejak 2025.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *