Angan-Angan ‘Sang Kancil’ Atau Angan-Angan Mat Jenin?

Meneliti 12 agenda dibawa Rafizi untuk partinya bukan sekadar “angan-angan Mat Jenin” yang sedap didengar, tetapi amat sukar untuk dilaksanakan dalam realiti pentadbiran dalam kerangka parti itu sendiri, apatah lagi untuk mengurus negara sebesar Malaysia.Foto Janaan AI

PENDAPAT, 21 Mei – Sebenarnya, dalam dunia realiti, bercakap memang mudah tapi apabila tiba pada pelaksanaan sebenar atas apa matlamat sekali pun, memang amat payah, dan kadang-kadang amat menyakitkan.

Kekuatan atau ‘aura’ seseorang individu juga bukan menjadi kayu ukur kepada populariti dapat diterjemahkan ke dalam bentuk pelaksanaan sebenar, apatah lagi apabila sesuatu ‘inisiatif’ ditinggalkan begitu sahaja.

Harus diingat juga, apabila timbul parti ‘sang kancil’ dengan ‘Langkah Kamikaze’ tanpa membawa hala tuju jelas jauh sekali untuk mentadbir negara dengan hanya ‘menumpang’ ahli parti lama yang merajuk, tiada apa yang boleh diyakini apa saja agenda yang akan dibawa.

Episod pengkhianatan Langkah Sheraton dikepalai Azmin Ali yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH1.0 kini cuba diulangi enam tahun kemudian menerusi Rafizi Ramli seakan tidak pernah belajar erti khianat mandat rakyat.

Meneliti 12 agenda dibawa Rafizi untuk partinya bukan sekadar “angan-angan Mat Jenin” yang sedap didengar, tetapi amat sukar untuk dilaksanakan dalam realiti pentadbiran dalam kerangka parti itu sendiri, apatah lagi untuk mengurus negara sebesar Malaysia.

Kalau mengikut kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Mashitah Mohd Udin, manifesto tersebut sarat dengan sasaran besar namun lemah dari sudut mekanisme pelaksanaan, kos dan sumber pembiayaan malah hanya menarik dari segi retorik dan slogan semata-mata.

“Dalam bidang dasar awam, sesiapa sahaja boleh menyebut mahu bantuan bulanan universal, pertumbuhan ekonomi lebih lima peratus atau gaji meningkat setiap tahun, tetapi persoalan sebenar ialah bagaimana semua itu mahu dibiayai dalam keadaan fiskal negara yang terbatas.

Inilah nasib menimpa salah seorang pengkhianat mandat rakyat, Zuraida Kamaruddin yang hilang deposit menggunakan logo PBM pada PRU15 setelah menang lebih 54 ribu undi bersama KEADILAN pada PRU14.

“Sebab itu saya setuju jika dikatakan manifesto ini seolah-olah menyerupai ‘angan-angan Mat Jenin’ yang sedap didengar tetapi terlalu idealistik dan tidak berpijak pada realiti pentadbiran negara,” katanya.

Malah, rakyat juga berhak mempersoalkan kredibiliti Rafizi sendiri berdasarkan rekodnya ketika menjadi Menteri Ekonomi hampir tiga tahun dalam kerajaan sehingga membuat keputusan meletak jawatan, satu tindakan tidak bertanggungjawab kepada dirinya sendiri dan kepada negara.

“Jika benar idea-idea ini begitu hebat dan boleh dilaksanakan, mengapa sebahagian besar daripadanya tidak diperjuangkan secara agresif ketika beliau berada dalam Kabinet dan mempunyai akses langsung kepada proses membuat dasar negara?” soalnya.

Apa yang berlaku hari ini adalah semata-mata percaturan politik peribadi malah langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan MADANI. Foto janaan AI

Mashitah berkata, sepanjang memegang portfolio ekonomi, Rafizi lebih dikenali dengan isu sistem PADU dan kontroversi vending machine berbanding reformasi ekonomi besar seperti yang kini dijanjikan.

Dalam keadaan ekonomi negara memacu pertumbuhan signifikan (terutama selepas Rafizi meninggalkan kabinet), dengan bukti bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat sokongan dalam dan luar negara, angan-angan ‘sang kancil’ saling tak ubah seperti angan-angan ‘mat jenin’.

Rafizi juga patut sedar, dalam politik, konsistensi sangat penting. Rakyat akan bertanya sama ada agenda ini benar-benar lahir daripada keyakinan ideologi ataupun sekadar usaha membina identiti politik baharu selepas konflik dalaman parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakam kenangan bersama pemimpin-pemimpin ASEAN semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina pada 8 Mei 2026 antara siri pengiktirafan Malaysia di mata ASEAN. Foto PMO

Ketika berada dalam kerajaan, alasan yang diberikan ialah terikat dengan proses Kabinet, kompromi politik dan kekangan fiskal. Tetapi apabila keluar daripada arus kuasa, pelbagai janji besar mula dikemukakan seolah-olah semuanya boleh diselesaikan dengan mudah.

Jadi, untuk apa masih lagi memilih pemimpin serba koyak, serba terpaling tanpa pembuktian signifikan apatah lagi meletakkan jawatan ahli parlimen dan membiarkan pengundinya terkapai-kapai tanpa pembelaan?

Lihat saja apa berlaku kepada Zuraida Kamaruddin sekarang?

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *