Gol Salah Lebur Ego City Di Anfield

LIVERPOOL, 16 Okt – Mohamed Salah berkata Liverpool masih belum berputus asa mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris (PL) selpas pemain antarabangsa Mesir itu meledak gol kemenangan 1-0 mengatasi Manchester City yang juga kekalahan pertama kelab itu musim ini.

Skuad Reds masih 10 mata di belakang City dan 14 mata di berbanding pendahulu Arsenal, memulakan kempen mereka musim ini dengan hanya kemenangan ketiga dalam liga.

“Secara peribadi saya gembira bermain untuk merebut gelaran. Dalam kepala saya saya akan bertarung untuk mendapatkannya, tapi kami perlu lebih fokus dan mengambil satu persatu perlawanan,” kata Salah.

Jurgen Klopp dibuang padang pada penghujung aksi apabila dia memarahi pegawai perlawanan kerana enggan memberikan sepakan percuma buat Salah.

City juga berang terhadap pengadil, Anthony Taylor selepas membatalkan gol Phil Foden pada awal babak kedua selepas melihat rakaman videi bantuan pengadil (VAR).

“Ini ialah Anfield,” kata bos City, Pep Guardiola, yang menjadi sasaran balingan duit syiling daripada penonton selepas gol berkenaan dibatalkan.

“Pengadil bercakap dengan pembantu saya dan Jurgen sebelum perlawanan dan berkata ‘Hari ini saya tidak akan memberikan kekasaran yang lembut’ dan semua perlawanan akan diteruskan, terus bermain, teruskan, kecuali gol yang kami jaringkan.”

Di bawah kendalian Guardiola, City masih menguasai Anfield di depan penonton ketika Liverpool berbangga dengan rekod kehadiran penonton tuan rumah teramai sejak 2017.

Klopp mendakwa dalam sidang media sebelum perlawanan bahawa tiada siapa boleh bersaing dengan sumber yang ada di City selepas menambah Erling Haaland ke dalam skuad.

Bagaimanapun rentetak 10 jaringan pemain Norway itu pada aksi kelab berakhir yang seterusnya diharapkan Liverpool akan memulakan aksi terbaik mereka dalam musim ini.

“Pada hari normal, anda tidak seharusnya mencuba berdepan City, anda perlu bermain hingga mencapai had tertinggi,” kata Klopp.

“Itulah yang kami lakukan dengan cara yang teratur dan bersemangat.”

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *