Galakkan Penyertaan Anak Kariah Sertai Program Anjuran Masjid

Sebahagian daripada anak kariah Masjid Kubang Ulu, Penanti yang menyertai program mengimarahkan masjid bersama Nur Aishah baru-baru ini.
PENDAPAT, 21 Ogos – Mengibarkan Jalur Gemilang atau menaikkannya di premis atau rumah sebenarnya adalah lambang atau simbolik tanda penghormatan dan semangat patriotik kalangan warganya (Malaysia).
Sejajar dengan itu sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dengan membawa tema “Malaysia MADANI; Jiwa Merdeka” diharap dapat menyemai dan menyuntik semangat menjiwai kemerdekaan.
Bagi menyahut seruan Kerajaan Malaysia pihak Jawatankuasa Kariah masjid Kubang Ulu Bukit Mertajam telah mengambil inisiatif mengadakan satu program yang menggalakan penyertaan anak kariah mengikuti Senamrobik dan Fun Walk bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67.
Penganjuran program tersebut diadakan dengan kerjasama pemuda kariah Kubang Ulu serta pembabitan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kubang Ulu Penanti.

Sekali lagi pihaknya menjemput Puan Nur Aishah Zainol selaku Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk bersama-sama penduduk Kubang Ulu Penanti memeriahkan suasana majlis.
TARIK PENYERTAAN RAMAI PENDUDUK
Program diadakan pada hujung minggu bersempena sambutan Hari Kemerdekaan telah diisi dengan pelbagai acara santai seperti senamrobik Zumba, dan Funwalk.
Biarpun program yang difahamkan berlangsung agak sederhana namun ianya amat memberikan penuh erti yang bermakna kepada seramai seratus orang penduduk yang sama-sama mengambil bahagian.
Diserikan lagi Program Senamrobik Zumba dan Funwalk dengan pemberian sumbangan khas daripada Nur Aishah kepada Pengerusi Kariah Masjid Kubang Ulu, Penanti.
Beliau turut diberikan penghormatan bagi menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut.
Dalam ucapan yang agak ringkas tetapi padat, Nur Aishah menyeru dan mengajak hadirin agar dapat menghayati dan menjiwai semangat patriotik sejajar dengan tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini ”Malaysia MADANI; Jiwa Merdeka”.
Beliau turut memuji daya usaha yang ditunjukkan oleh pihak jawatankuasa kariah masjid Kubang Ulu bersama KRT kerana berjaya menarik minat penyertaan ramai penduduk mengikuti program pada pagi ini.
RINTIS PROGRAM
Bukan itu sahaja pihak Jawatankuasa Kariah masjid Kubang Ulu Penanti selaku penganjur bersama telah membuka ruang dan memafaatkan dataran lapang masjid sebagai salah satu usaha atau pendekatan terbaik dalam menyatukan hubungan baik antara pihak kariah masjid dan anak kariah.

Ketika dihubungi penulis beliau sempat berkata: “Mudah-mudahan ianya akan menjadi jalan rintis awal buat kariah masjid Kubang Ulu meneruskan program-program yang secara luarannya akan dianggap terhitung jauh daripada radar masjid.”
“Sedangkan hakikat peranan masjid sebenar merupakan nukleas kehidupan atau jantung umat Islam yang harus disinggung dan signifikan dengan pandangan world view contohnya dapat membina jati diri di kalangan anak-anak kariah masjid”.
Justeru pengisian program seumpama ini berjaya diadakan berharap dapat menyemai dan memupuk semangat patriotik cintakan tanah airKu.
Terdahulu Nur Aishah telah mengikuti Simposium Perlindungan Kanak-Kanak peringkat Kebangsaan selama dua hari pada 16 dan 17 Ogos di The Light Hotel Seberang Jaya.
- Pemerhati Bebas Politik
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

