Fitnah: Fadhlina Buat Laporan Polis

Tangkap layar hantaran fitnah yang dikongsikan Fadhlina setelah membuat laporan polis pada 9 September 2025.
KUALA LUMPUR, 9 Sep – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.
Menurutnya, fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama allahyarham ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.
“Setakat tepis dan nafi ternyata tidak menjadi pengajaran. Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.
Fadhlina berkata, laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.
Beliau pada masa sama mengingatkan agar tiada pihak membuat spekulasi serta menghormati keluarga Allahyarham Zara Qairina sementara menunggu proses undang-undang berjalan.
“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” tegasnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

