Enam Unit Flat Sri Sabah Di Cheras Terbakar

Enam unit rumah di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras dilaporkan terbakar. Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 11 FebEnam unit rumah di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras di sini, dilaporkan terbakar dan pihak bomba masih berusaha memadamkan api setakat jam 11 malam ini.

Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat paling atas blok berkenaan.

Insiden turut dirakam penduduk blok bersebelahan dan disiarkan secara langsung di aplikasi TikTok.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya akan berkongsi maklumat berhubung kejadian itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *