Dua Remaja Lemas Di Betong

Mangsa lemas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Sarawak
BETONG, 12 Feb – Dua remaja lelaki ditemui mati lemas ketika mandi di sungai berhampiran sebuah rumah panjang di Batu Lintang, Jalan Ulu Layar, Betong, pada Ahad.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa-mangsa yang disahkan meninggal dunia dikenal pasti sebagai Norman Syakimie Suria Ariffin, 16, dan Afiq Aiman Mohd Adress, 17.
Katanya, Norman Syakimie telah ditemui lebih awal manakala Afiq Aiman hanya dijumpai oleh selepas Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong (BBP) membuat selaman di dasar sungai, sekitar 6.44 petang.
“PPDA dari BBP Betong melakukan selaman ke dasar sungai dengan kedalaman lima meter selama 15 minit.
“Mangsa telah dijumpai oleh pasukan PPDA dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, pasukan dari BBP dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 petang.
Berdasarkan maklumat awal dari pemanggil katanya, mangsa bersama rakan-rakan melakukan aktiviti riadah dan mandi di sungai berhampiran rumah panjang itu sebelum kejadian tersebut berlaku.
Operasi SAR yang turut disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung itu ditamatkan pada jam 7.04 petang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
