Empat Kelab Gergasi Lolos Ke Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara

Penyerang PSG, Kylian Mbappe meraikan gol penaltinya ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Juara-Juara di Parc des Princes, Paris awal pagi tadi. Foto Reuters
PARIS, 28 Nov – Empat kelab gergasi Eropah; Barcelona, Borussia Dortmund, Atletico Madrid dan Lazio semuanya layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Manchester City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menundukkan RB Leipzig dengan kedua-dua pasukan sudah layak, manakala Paris Saint-Germain dan Newcastle seri 1-1 dengan kedua-dua pasukan memerlukan keputusan pada hari terakhir kumpulan untuk memastikan kemaraan.
Barcelona bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan FC Porto 2-1 ketika dua pemain Portugal, Joao Cancelo dan Joao Felix meledak gol untuk mengubah arah perlawanan selepas pemain sayap Brazil, Pepe membuka tirai jaringan buat Porto.
Atletico Madrid menempah tiket mereka apabila rembatan voli pemain pertahanan Mario Hermoso dan dua gol sendiri memacu kemenangan 3-1 ke atas juara Belanda, Feyenoord.
Ciro Immobile mengemudi kemaraan Lazio layak ke pusingan 16 terakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Celtic di Rome.

Borussia Dortmund pula memastikan tempat mereka dengan kemenangan 3-1 di AC Milan, yang berdepan kemungkinan tersingkir awal di peringkat kumpulan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
