Dua Warga Emas Antara Tiga Maut Kemalangan Kendiri

Dua warga emas antara tiga maut selepas 4WD dinaiki terbabas dalam kejadian di Ensebang Kuari Balai Ringin, KM219 Lebuhraya Pan Borneo Serian-Sri Aman pada 5 September 2025. Foto JBPM Sarawak

SERIAN, 5 Sep – Tiga maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) terbabas di Ensebang Kuari Balai Ringin, KM219 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Serian-Sri Aman, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata mangsa maut adalah Janting Pangau, 75; Senin Beriak, 64; dan Paula Janting, 43.

Katanya, Janting dan Paula disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan, manakala Senin di Hospital Serian ketika sedang menerima rawatan.

Dua warga emas antara tiga maut selepas 4WD dinaiki terbabas dalam kejadian di Ensebang Kuari Balai Ringin, KM219 Lebuhraya Pan Borneo Serian-Sri Aman pada 5 September 2025. Foto JBPM Sarawak

“Empat lagi mangsa dalam kenderaan sama yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital bagi diberikan rawatan susulan,” katanya.

Sepasukan anggota Balai Bomba Serian ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi.

“Sesampainya di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan kendiri membabitkan sebuah kenderaan empat pacuan roda yang terbalik di tepi penghadang jalan.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *