Dua Individu Maut Dalam Kereta Berkunci Di Kawasan Stesen Minyak

Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dalam sebuah kereta terkunci di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat di Rompin.

ROMPIN, 27 Feb – Dua ditemui maut dalam sebuah kereta yang berkunci di kawasan sebuah stesen minyak Petronas di Jalan Segamat-Kuantan, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa ditemui tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba membuat operasi membuka pintu kereta menggunakan peralatan menyelamat dan apabila pintu berjaya dibuka, didapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *