’Air Susu Syabu’: Pasangan Suami Isteri Didakwa Esok

Foto hiasan.

PETALING JAYA, 27 Feb – Sepasang suami isteri akan didakwa di mahkamah esok kerana tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu minggu lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pasangan berusia 34 dan 40 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 9 pagi.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri khayal ditahan kerana tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat di Taman Medan, di sini, pada 19 Februari lalu.

Polis dilaporkan berkata, pasangan terbabit menghantar bayi lelaki setahun empat bulan mereka kepada neneknya berusia 55 tahun di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Menurut laporan, ibu mangsa mengaku tersilap membancuh susu bayi menggunakan air syabu milik suaminya selepas neneknya bertanyakan sebab mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal semasa dalam jagaannya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *