Dua Beranak Maut Perodua Aruz Terbabas Pulang Dari Kenduri Adik

Keadaan kenderaan Perodua Aruz yang terlibat kemalangan maut di KM 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, Dungun pada 23 Mac 2026.
DUNGUN, 23 Mac – Seorang wanita dan anaknya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan lalu terbabas di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini hari ini.
Difahamkan mereka terbabit dalam nahas berkenaan selepas menghadiri majlis perkahwinan adiknya hari ini
Dalam kemalangan pada pukul 6.10 petang itu, kedua-dua mangsa tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Difahamkan tiga lagi ahli keluarga mereka turut cedera parah akibat kemalangan berkenaan.
Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
Mayat dua beranak itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun, manakala tiga lagi mangsa dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

