Ziarah MADANI: PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pesakit Kanser, Pesara Tentera

Ahmad Farhan menghulurkan bantuan dihulurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Ziarah Madani pada 17 Ogos 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pesakit kanser pangkal hidung tahap empat, Mohd Sharul Ikmal dan pesara tentera dikenali sebagai Pak Nik Soh, yang diuji hampir hilang penglihatan akibat masalah saraf mata.

Bantuan berkenaan disampaikan Perdana Menteri kepada kedua-dua penerima dari Taman Balok Jaya, Kuantan itu oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili Anwar sewaktu mengadakan Ziarah MADANI.

Ahmad Farhan menghulurkan bantuan dihulurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Ziarah Madani pada 17 Ogos 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Saya amat bersimpati saat mendengar dua kisah kehidupan yang benar-benar menyentuh hati, mulanya dipertemukan dengan Sharul, 27, di usia yang masih muda namun terpaksa berjuang melawan kanser pangkal hidung tahap empat.

“Lebih pilu, beliau ada seorang anak kecil yang sedang membesar, tetapi bapanya kini diuji masalah kesihatan kronik dan memerlukan sokongan untuk terus bertahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri.

Ahmad Farhan menghulurkan bantuan dihulurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Ziarah Madani pada 17 Ogos 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Ahmad Farhan turut berkongsi mengenai Pak Nik Soh yang diuji masalah saraf mata sejak tiga tahun lepas.

“Seorang ayah yang dulunya gagah berkhidmat untuk negara, kini bergantung pada anak-anak dan jiran tetangga untuk meneruskan kehidupan. Bagi pihak Perdana Menteri, saya hulurkan sedikit sumbangan sebagai tanda kasih dan solidariti.

Ahmad Farhan menghulurkan bantuan dihulurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Ziarah Madani pada 17 Ogos 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Namun lebih daripada itu, yang kita dambakan ialah doa, perhatian dan usaha berterusan agar mereka tidak berjuang sendirian, semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesembuhan dan ketabahan buat mereka sekeluarga,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *