Arak Haram: Kuwait Tahan 67 Suspek Sebabkan 23 Maut

Kementerian Dalam Negeri Kuwait menyerbu enam kilang haram yang sedang beroperasi serta empat lagi yang masih belum beroperasi, terletak di kawasan perumahan dan perindustrian dipercayai memproses arak haram pada 15 Ogos 2025.

KUWAIT CITY, 17 Ogos – Pihak berkuasa Kuwait menahan 67 individu kerana disyaki terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran minuman beralkohol buatan tempatan secara haram yang meragut 23 nyawa dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kuwait mengharamkan pengimportan dan pengeluaran domestik minuman beralkohol, namun terdapat pihak yang tetap menghasilkan minuman itu secara rahsia di lokasi tersembunyi tanpa sebarang pemantauan atau piawaian keselamatan.

Keadaan itu sekali gus mendedahkan pengguna kepada risiko keracunan.

Antara suspek disyaki mengeluarkan arak haram yang ditahan di kawasan kilang berhampiran kawasan perindustrian pada 15 Ogos 2025.

Menerusi satu kenyataan di platform X semalam, kementerian itu memaklumkan pihaknya menyita enam kilang haram yang sedang beroperasi serta empat lagi yang masih belum beroperasi, terletak di kawasan perumahan dan perindustrian.

Kementerian Kesihatan pada Khamis berkata, jumlah kes keracunan metanol yang dikaitkan dengan minuman tercemar itu meningkat kepada 160, dengan 23 kematian kebanyakannya membabitkan warga Asia.

Ia meningkat daripada 13 kematian yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua rangkaian jenayah itu, seorang warga Bangladesh ditahan, manakala seorang lagi suspek warga Nepal mendedahkan cara penyediaan dan penjualan metanol, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *