Warganet Teruja Kongsi Cerita SARA RM100 Sumbangan Kerajaan MADANI

Warganet bernama Anne Adura berkongsi pengalamannya yang teruja menerima SARA RM100 daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Seorang warganet berkongsi keterujaannya menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad miliknya baru-baru ini.

Bantuan berkenaan ditebus di sebuah kedai runcit dipercayai berhampiran rumahnya dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI kerana dapat juga merasa pemberian secara ‘one-off’ itu.

“Alhamdulillah.. syukur kpd (kepada) Allah swt dengan izin DIA saya dapat claim (tebus) RM100.00 one-off dekat Speedmart dengan selesanya. Alhamdulillah system tak jammed (tersekat) laju je.

Amaldin Rami dari Kangar, Perlis bersyukur dan mengakui SARA meringankan beban ditanggungnya yang tinggal bersama lapan ahli keluarganya.

“Terimakasih Kerajaan Perpaduan especially PMX DSAI (PM 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana dapat jugak saya merasa ‘cenderahati’ dri DSAI. Saya hanya top up RM49. 00 sahaja. En husband punya pulak dia akan claim bulan depan,” ujar warganet bernama Anne Adura di Facebook.

Seorang lagi penerima turut mengakui SARA meringankan beban ditanggungnya yang tinggal bersama lapan ahli keluarganya di Kampung Salang, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis.

Amaladin Ramli, 66, yang hanya bekerja kampung itu berkata beliau sekeluarga akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan tersebut dengan berbelanja secara berhemah untuk menampung keperluan bulanan.

Orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan keperluan menerusi pemberian secara ‘one-off’ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang ternyata mendapat sambutan luar biasa sejak 31 Ogos 2025. Foto Aswadi Alias

Selain dirinya, isterinya yang berusia 57 tahun dan tidak bekerja, enam anak berusia antara 19 hingga 32 tahun, serta adik lelakinya berusia 63 tahun yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran, turut menerima SARA sebanyak RM100 setiap seorang.

Menurutnya tiga anaknya bekerja sebagai peniaga makanan, seorang lagi bertugas sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), seorang bekerja sambilan di syarikat swasta, manakala anak bongsu masih menuntut di Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Mereka boleh menggunakan bantuan SARA mengikut keperluan masing-masing. Ada yang membantu membeli barangan asas rumah, manakala anak yang masih belajar dapat membeli keperluan sendiri.

Orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan keperluan asas di kaunter MyKasih yang menempatkan terminal pengesahan SARA di Kuala Terengganu. Foto Bernama

“Hari ini, keluarga saya membelanjakan RM300 daripada bantuan SARA bagi membeli barangan dapur,” katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini, baru-baru ini,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *