Hasutan: Chegubard Ditahan Polis

Chegubard atau nama sebenarnya Badtrul Hisham Shahrin.

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard ditahan polis malam tadi berkaitan dakwaan menghasut dan memfitnah dalam ceramah politiknya di Bagan Serai, Perak pada 1 September lalu.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata sekumpulan anggota polis dari Unit D7 menahan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson itu pada jam 10 malam tadi.

“Penahanan adalah untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Permohonan reman dijangka pagi ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi,” katanya.

Dalam kes berasingan pada 28 Julai lalu, beliau ditahan polis di kediamannya berkaitan himpunan pembangkang di Dataran Merdeka, sehari sebelumnya.

Satu kes di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), manakala tiga lagi dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) berkaitan dron. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *