Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Dibincang Bersama AS – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Jamieson Greer, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dan delegasi sempena Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan di Putrajaya pada 25 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 25 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas adalah antara intipati perbincangan bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer, pagi tadi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri menegaskan, kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) memuktamadkan perjanjian yang kini pada peringkat rundingan antara kedua-dua negara itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut bertukar pandangan mengenai hubungan strategik kedua-dua negara dan ASEAN, terutama daripada perspektif perdagangan.
“Saya tegaskan mengenai kepentingan Malaysia dan AS memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan, ini akan turut dapat mendorong ketentuan arah tuju dasar dan perancangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Malaysia sebagai negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan dagangannya, lantas akan dapat mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan,” katanya.
Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat Greer dan delegasi sempena kehadiran mereka ke Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
