Video Kereta Rempuh Lori Tular Di Media Sosial, Wanita Cedera Parah

Keadaan SUV yang dipandu pelajar tersebut di Jalan Kota Tinggi-Kulai yang tular di media sosial.

KOTA TINGGI, 29 Mac – Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 dan seorang lelaki tempatan, 20 sebagai penumpang di bahagian depan SUV Toyota Rush tersebut dengan sebuah lori Nissan UD dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

“Dalam kemalangan tersebut, wanita tersebut yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam di Johor Bahru mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan.

“Penumpang lelaki hadapan SUV tersebut pula mengalami cedera ringan di bibir dan tangan kiri manakala pemandu dan kelindan lori tersebut cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan pemandu wanita terbabit mengalami microsleep ketika kejadian berlaku.

Keadaan SUV yang dipandu pelajar tersebut di Jalan Kota Tinggi-Kulai yang tular di media sosial.

“Kita tidak dapat sahkan sebab mangsa sedang mendapat rawatan di HSA dan belum buat laporan polis serta rakam percakapan lagi,”ujarnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *