UCL: Menang Saat Akhir Memang ‘Kepakaran’ Liverpool?

Mohamed Salah menjadi kunci kemenangan Liverpool menewaskan Atletico Madrid 3-2 di Anfield pada 17 September 2025. Foto AFP
LIVERPOOL, 19 Sep – ‘Kepakaran’ menjaringkan gol pada masa kecederaan sebagai normalisasi selepas menang 3-2 ke atas Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam, tidak boleh dijadikan kebiasaan dalam setiap perlawanan, akui pengurus Liverpool, Arne Slot.
Pada perlawanan di Anfield itu, The Reds berjaya meraih tiga mata penting hasil jaringan pada masa kecederaan yang dilakukan oleh kapten, Virgil van Dijk selepas kedudukan terikat 2-2.
Menurut Slot, barisan kejurulatihan mengambil pendekatan lebih positif dan memuji mentaliti juara dipamerkan oleh barisan pemain untuk melakar kemenangan di saat yang genting.

“Apa yang dipamerkan oleh pasukan cukup berkualiti walaupun kecewa kami menjaringkan gol pada minit-minit akhir sekali lagi. Namun, pujian wajar diberikan kepada mentaliti pemain serta tahap kecergasan mereka.
“Secara keseluruhan, kami memiliki banyak peluang untuk menang jika berjaya menyudahkan peluang terhidang. Namun, ini adalah perlawanan berbeza berbanding apa yang telah kami harungi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (PL),” katanya.
Sementara itu, Slot turut memuji pemain termahal PL, Alexander Isak yang membuat kemunculan debut selepas melengkapkan perpindahan daripada Newcastle United sebelum jendela ditutup minggu lalu walaupun gagal menjaringkan gol.

“Ini adalah permulaan yang baik buat Isak. Dia beraksi dengan cemerlang untuk tempoh 60 minit dan saya harap dia dapat segera menyesuaikan diri dengan pasukan,” katanya.
Kemenangan The Reds meletakkan mereka di kedudukan ke-11 daripada 36 pasukan bertanding yang diadakan dalam format secara liga buat tahun kedua.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
