Banjir Sabah: Lawatan Kerja PM Anwar Esok Tanda Kerajaan MADANI Prihatin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis pembukaan 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assmebly (AIPA) General Assembly (GA) ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Sep – Situasi banjir di Sabah yang mengorbankan lebih 10 orang setakat ini mendorong Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan kerja ke negeri ini mulai esok.

Perdana Menteri mengesahkan akan melawat negeri itu selepas merasmikan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-46 (AIPA GA) di sini, hari ini.

“Saya akan ke sana esok,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai situasi bencana di negeri itu.

Lawatan berkenaan disifatkan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menguruskan bantuan sewajarnya kepada mangsa terkesan akibat banjir dan tanah runtuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis pembukaan 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assmebly (AIPA) General Assembly (GA) ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar dijadulkan melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah yang terkesan akibat banjir serta meneliti aspek bantuan yang disalurkan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketibaan Anwar di Kota Kinabalu esok akan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri kabinet kerajaan negeri dengan mengadakan sesi taklimat berhubung situasi banjir dam tanah runtuh di beberapa kawasan terjejas antaranya Penampang, Papar dan Beaufort.

Terdahulu pada 15 September lepas, Anwar mengumumkan peruntukan kecemasan sebanyak RM10 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan dana berkenaan akan disalurkan terus untuk pembaikan segera kemudahan asas serta memastikan bantuan sampai kepada rakyat tanpa sebarang gangguan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis pembukaan 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assmebly (AIPA) General Assembly (GA) ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar ketika itu berada di Doha, Qatar bagi menghadiri Sidang Tergempar Arab-Islam disertai 54 buah negara yang membincangkan tindakan susulan selepas Israel menyerang negara Teluk itu atas jemputan Emir Qatar.

“Selain daripada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri, saya telah meluluskan peruntukan segera RM10 juta melalui NADMA untuk disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis pembukaan 46th ASEAN Inter-Parliamentary Assmebly (AIPA) General Assembly (GA) ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan semua mangsa ditempatkan di 27 PPS membabitkan enam daerah iaitu Beaufort, Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang.

Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat pada sebelah pagi dan petang di Sabah, manakala pada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda beberapa tempat di pedalaman.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *