UCL: Krisis Man City Berterusan, Tumbang Di Tangan Juventus

Penyerang Juventus, Dusan Vlahovic (dua dari kiri) menjaringkan gol pertama menentang Manchester City pada aksi Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Allianz, Turin, awal pagi tadi. Foto AFP

TURIN, 12 Dis – Manchester City terjebak ke dalam krisis berterusan awal pagi tadi selepas tumbang 2-0 di Juventus yang mengancam peluang mereka layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Gol babak kedua menerusi Dusan Vlahovic dan Weston McKennie cukup buat Juve untuk mencetus kekalahan ketujuh dalam 10 perlawanan buat City yang bergelut di bawah kendalian Pep Guardiola.

Juara Inggeris itu terdampar di tangga ke-22 dalam pertandingan utama kelab Eropah itu selepas meraih hanya lapan mata daripada enam perlawanan pertandingan format baharu peringkat liga itu.

Penjaga gol Manchester City, Ederson gagal menyelamatkan percubaan pemain Juventus, Weston McKennie bagi gol kedua lawan ketika aksi Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Allianz, Turin, awal pagi tadi. Manchester City kalah 2-0. Foto Reuters

Ia meninggalkan City hanya satu mata di atas 12 kelab terbawah dan penyingkiran, dengan perlawanan menentang Paris Saint-Germain (PSG) dan Club Brugge menanti selepas ini, kedudukan yang tidak mungkin terfikir pada permulaan musim.

Namun City terungkai dalam tempoh kurang enam minggu bila mana mereka jauh ketinggalan dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, meraih hanya satu kemenangan ke atas Nottingham Forest, sejak hujung Oktober.

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA peringkat kumpulan yang berlangsung di sekitar Eropah awal pagi tadi:

Atletico Madrid (ESP) 3 (Alvarez 16, Griezmann 42, 57) Slovan Bratislava (SVK) 1 (Strelec 51-pen)

Lille (FRA) 3 (Sahraoui 37, Bakker 45+2, Haraldsson 81) Sturm Graz (AUT) 2 (Kiteishvili 45+4, Biereth 47)

AC Milan (ITA) 2 (Leao 42, Abraham 87) Red Star Belgrade (SRB) 1 (Radonjic 67)

Arsenal (ENG) 3 (Saka 34, 78, Havertz 88) AS Monaco (FRA) 0

Benfica (POR) 0 Bologna (ITA) 0

Borussia Dortmund (GER) 2 (Guirassy 60-pen, 78) Barcelona (ESP) 3 (Raphinha 53, Torres 75, 85)

Feyenoord (NED) 4 (Trauner 8, Paixao 10, Moussa 30, Gimenez 63) Sparta Prague (CZE) 2 (Rrahmani 43, Beelen 79-gs)

Juventus (ITA) 2 (Vlahovic 53, McKennie 75) Manchester City (ENG) 0

Stuttgart (GER) 5 (Stiller 25, Millot 53, Fuehrich 61, Vagnoman 66, Keitel 76) Young Boys (SUI) 1 (Lakomy 6)


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *