Rizab Antarabangsa Bank Negara Melonjak Kepada AS$114.7 Bilion

Pada 31 Julai, rizab antarabangsa bank pusat itu melonjak kepada AS$114.7 bilion daripada AS$113.82 bilion Jun lalu. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$114.7 bilion setakat 31 Julai 2024 daripada AS$113.82 bilion dicatatkan pada 28 Jun 2024.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$102.4 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.13 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM541.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.18 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM45.34 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM201.81 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.06 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.19 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.85 bilion), deposit lain (RM66.74 bilion), kertas Bank Negara (RM15.50 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM2.89 bilion).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *