‘Trump Balik, Putin Datang’: Apa Peranan Beijing?

Putin dan Jinping memeriksa pasukan kawalan kehormat semasa upacara sambutan rasmi di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 20 Mei 2026. Foto Reuters

BEIJING, 18 Mei – Pertemuan berprofil tinggi antara Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pastinya menjadi tumpuan dunia, tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melawat negara itu.

Bagi penganalisis politik, hubungan Beijing-Moscow yang sedia terjalin tidak mengubah dasar dan polisi kedua-dua negara terhadap AS kerana perang di Asia Barat menyebabkan ketidak tentuan geopolitik global.

Sambutan terhadap Putin dalam satu upacara rasmi penuh istiadat di Dewan Besar Rakyat (Great Hall of the People) di Beijing, sebelum kedua-dua pemimpin itu memulakan rundingan dua hala, juga menunjukkan kepercayaan tinggi kedua-dua negara berdepan Barat yang kekal menjadi tajuk utama perbincangan.

Putin tiba di Beijing bagi memulakan lawatan rasmi dua hari atas jemputan Jinping pada 19 Mei 2026. Foto AFP

Lawatan Putin ke China berlangsung selama dua hari dan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara, serta menangani ancaman AS.

Lawatan Putin ke Beijing juga menonjolkan peranan China sebagai pusat diplomasi global dalam menangani konflik antarabangsa antara Rusia-AS.

Malah, pertemuan berturut-turut dengan pemimpin AS dan Rusia sebagai isyarat bahawa Beijing berusaha mengekalkan hubungan dengan kedua-dua kuasa besar dunia sambil mengukuhkan pengaruhnya di pentas global.

Presiden China, Xi Jinping memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa isu Taiwan mampu cetus konflik yang merosakkan pada 14 Mei 2026.

Kesediaan Beijing mengatur pertemuan demi pertemuan juga menunjukkan dasar berbaik-baik dengan semua pihak ‘bertelagah’ walaupun hasilnya belum dapat dilihat setakat ini termasuk konflik di Ukraine melibatkan Rusia dan AS di Iran.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *