RON95: Harga BUDI95 Wajar Kekal Ekoran Harga Minyak Dunia Turun

Harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter wajar dikekalkan berikutan konflik di Asia Barat reda dan harga minyak turun dan stabil pada 20 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pengekalan harga subsidi RM1.99 seliter menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sehingga kini jelas memberi kelegaan kepada rakyat walaupun kouta bulanan diselaraskan kepada 200 liter.

Walaupun beberapa sektor memohon penambahan kuota bulanan, namun Kerajaan MADANI lebih mementingkan kemampanan bekalan bahan api sementara menyelaras bekalan ke hadapan yang dijangka masih tidak menentu terutama dari Asia Barat.

Menurut CIMB Treasury and Markets Research, dengan harga minyak mentah global dalam trend menurun dan sebaran harga yang stabil, pihaknya tidak menjangkakan sebarang kenaikan menyeluruh kepada harga subsidi BUDI95 untuk mencapai unjuran inflasi pihaknya.

Terdahulu, media melaporkan, harga minyak susut pada Selasa selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran bagi memberi ruang kepada rundingan untuk menamatkan perang dengan Iran.

Trump menerusi media sosial pada Isnin berkata beliau menangguhkan serangan ketenteraan yang dirancang pada Selasa ketika usaha mencapai perjanjian diteruskan, namun memberi amaran AS bersedia menyambung semula serangan jika tiada persetujuan dicapai.

Niaga hadapan Brent susut AS$1.73 atau 1.5 peratus kepada AS$110.37 setong pada 0825 GMT, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Jun merosot 63 sen atau 0.60 peratus kepada AS$108.03 setong. Kontrak lebih aktif Julai pula turun 82 sen atau 0.8 peratus kepada AS$103.56.

Sehubungan itu, sebarang langkah ‘mengejut’ menaikkan harga subsidi kepada RM2.05 atau RM2.15 seliter juga tidak memberi impak positif sebaliknya berisiko menaikkan kadar inflasi yang kini kekal terkawal pada 1.9 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai tahun lalu mengumumkan harga RON95 bersubsidi bagi rakyat Malaysia ialah RM1.99 seliter berkuat kuasa mulai 30 September tahun lalu.

Walaupun jumlah subsidi bahan api melonjak kepada RM7 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebelum ini, ia dilakukan bagi memastikan rakyat tidak berdepan tekanan kos sara hidup tetapi defisit fiskal juga perlu diambil kira bagi bulan-bulan mendatang.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *