Trafik Sesak Menuju Pantai Timur Sepanjang 11 Kilometer

Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) LLM menunjukkan aliran trafik sesak sepanjang 11 kilometer menuju Pantai Timur jam 12.17 tengah hari 15 Februari 2026. Foto LLM
GOMBAK, 15 Feb – Aliran trafik menghala Pantai Timur dari arah Gombak ke Genting , Pahang dilaporkan sesak dengan anggaran sepanjang 11 kilometer pagi ini.
Berdasarkan laman sesawang trafik pagi ini, laluan yang mulai sesak dilapor menuju ke Kelantan, Terengganu dan Pahang walaupun pihak konsesi tol telah menghebahkan jadual rancangan perjalanan tiga hari lalu.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), memaklumkan aliran trafik menghala utara pula perlahan dan bertali arus dari Slim River ke Tapah.

“Aliran trafik menghala selatan turut perlahan dari Bandar Ainsdale ke Seremban dengan anggaran empat kilometer,” katanya.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan pelaksanaan bermula jam 12.01 tengah malam tadi sehingga 11.59 malam ini.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
