TPM Rusia Tiba Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-EAS Ke-20

Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk, tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Bernama

SUBANG, 26 Okt – Sebagai rakan dialog penting bagi ASEAN, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk tiba di Malaysia hari ini bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang dianjurkan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Pesawat khas membawa Overchuk dan delegasi, termasuk Timbalan Menteri Luar Andrei Rudenko, mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini pada 5 petang dan disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selaku menteri pengiring.

Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk sebaik tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-EAS ke-20 pada 26 Oktober 2025.

Mewakili negaranya, Overchuk dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 (EAS) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) esok.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada pemimpin negara anggota ASEAN termasuk 30 pemimpin dunia seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Brazil, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama sambil menangani cabaran serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama.

Pemimpin dan wakil daripada badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut hadir untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *