Tolak Pemimpin Yang Tanam Kebencian Sesama Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SANDAKAN, 27 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak memilih pemimpin yang merosakkan negara dan menanam bibit kebencian sesama rakyat, sebaliknya memastikan kepimpinan negara diurus dengan amanah dan tatakelola yang baik.

Ketegasan Perdana Menteri itu disampaikan kerana negara tidak boleh lagi berdepan episod perpecahana yang bukan sahaja akan merugikan negara tetapi memakan masa berpuluh tahun untuk pulih dan bangkit semula.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memilih pemimpin yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan tidak mengamalkan sikap mengaut keuntungan apabila mempunyai kuasa.

“Kita banyak mendengar mengenai pemimpin yang mencuri sana, mencuri sini. Budaya sebegitu mesti dihentikan. Kita perlu tindakan yang tegas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kadang-kadang mereka sendiri pernah jadi pemimpin yang kaya, membolot projek besar tetapi tetap marah pada orang lain. Tidak boleh begitu. Mesti ada kesungguhan untuk membetulkan keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jelajah Wira MADANI dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Kompleks Zon Maritim Sandakan di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Dalam soal pertahanan dan keselamatan, Anwar menegaskan, kerajaan tidak boleh berkompromi dengan ketirisan, keborosan serta rasuah kerana ia akan melemahkan negara walaupun perbelanjaan pertahanan mencecah berbilion ringgit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani buku pelawat pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ketirisan, keborosan, rasuah mesti dihalang. Kalau tidak, sehebat mana pun negara, ia akan jatuh. Kalau yang diamanahkan itu kerjanya pecah amanah, negara akan rosak,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memuji dan berpuas hati dengan prestasi Maritim Malaysia yang semakin baik selepas kerajaan menambah peruntukan kepada agensi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, perairan negara yang luas memerlukan aspek keselamatan dan aset pertahanan negara sentiasa bersedia serta lengkap.

“Negara ini aman tetapi kita berdepan dengan masalah penyeludupan manusia, senjata, dadah dan pencerobohan. Semua ini memerlukan satu angkatan yang disiplin dan berkelengkapan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Kompleks Kuarters ATM Taman Samudera, Sandakan pada 27 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia ini aman hasil sumbangan dan pengorbanan pasukan keselamatan, termasuklah Maritim. Sebab itu kita harus sentiasa memastikan kelengkapan dan disiplin mereka terjaga. Tanggungjawab ini mesti disempurnakan dengan penuh amanah.

“Justeru, saya ucapkan terima kasih kepada Maritim Malaysia dan rakan-rakan dalam pasukan keselamatan lain kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *