TLDM Sahkan KD Pendekar Bocor, 39 Kru Berjaya Diselamatkan

KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor. Foto pengguna media sosial
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi di kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor.
TLDM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan kebocoran dipercayai berlaku apabila kapal yang mula ditauliahkan pada 1979 itu terlanggar objek bawah air.
“Kebocoran mula dikesan di bilik jentera kapal sebelum merebak dengan cepat dan keadaan menjadi tidak terkawal. Bagaimanapun, semua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya.
“Kesemua 39 kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran dan menstabilkan kapal tidak berjaya. Fokus utama TLDM adalah melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal tersebut,” katanya hari ini.
“Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Susulan itu, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
