Barat Usah Ajar Dunia Islam Erti Demokrasi, Hak Asasi – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ucaptama dan perasmian muktamar Masjid Semalaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara barat tidak perlu mengajar dunia Islam mengenai makna demokrasi, hak asasi dan kemampanan pembangunan.

Beliau berkata, negara barat sebaliknya perlu menghentikan usaha mengawal media antarabangsa, semata-mata demi mengetengahkan naratif yang tidak tepat mengenai peperangan di Gaza, Palestin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, negara barat juga perlu memperbetul naratif dan mengakui bahawa pergolakan di Palestin bermula dan berlarutan sejak 1948, dan bukannya bermula akibat serangan Hamas pada 7 Oktober.

“Kita perlu jelas dan tidak boleh ditentukan negara barat yang mahu memulakan naratif (serangan berterusan di Palestin bermula sejak tindakan ketenteraan Hamas) pada 7 Oktober lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan pada Ahad. Foto Bernama

“Pemusnahan berterusan (di Palestin) berlaku sejak 1948, diikuti pencerobohan langsung ke Masjid al-Aqsa pada 1969.

“Malah, kini pemusnahan berterusan, sama ada infrastruktur atau manusia serta genosid. Ini yang berlaku,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Ahad.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *