KDN Tumpu Empat Pintu Masuk Utama Kekang Mpox – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir mewakili YAB Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan ke Sambutan Hari Ulang Tahun ke-26 Partai Amanat Nasional di Jakarta Pusat yang dirasmikan Presiden Indonesia, Joko Widodo. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

MELAKA, 25 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan tumpuan di empat pintu masuk utama negara dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan mengekang penularan mpox atau cacar monyet.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat pintu masuk utama itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Beliau berkata pihaknya juga memantau ‘laluan tikus’ yang terdapat di sempadan negara terutama sekitar Sungai Golok menerusi kawalan keselamatan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Hampir 14,000 Permohonan Kewarganegaraan Telah Diluluskan – Saifuddin Nasution

“Kita bercakap tentang 141 pintu masuk … tiga perempat daripada kemasukan pelancong menerusi KLIA, KLIA2, Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, meninggalkan satu perempat sahaja menggunakan lain-lain pintu, jadi keutamaan kita ialah empat pintu masuk utama itu.

“Laluan-laluan lain (yang tidak sah) itu kita kenal pasti sebagai laluan tikus (iaitu) laluan yang kita tahu jumlah dan lokasi. Itu di bawah pengawasan, kalau polis di bawah PGA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Saifuddin Nasution Alu-Alukan Kehadiran 10 Perwakilan Asing Tinjau Operasi ESS Zone

Beliau berkata walaupun penularan mpox dalam negara disifatkan terkawal ketika ini namun kerajaan tetap mengambil pendekatan berwaspada.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan wabak jangkitan virus itu di Republik Demokratik Congo merebak ke negara jiran.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *