Tindakan Tujuh Pemuda Pertaruh Nyawa Bukti Kemanusiaan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan nekad pemuda terbabit yang mengutamakan nyawa mangsa walaupun berdepan risiko terhadap keselamatan diri sendiri wajar dipuji.

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Tindakan tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Tasik Biru, Kundang, Rawang semalam mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan nekad pemuda terbabit yang mengutamakan nyawa mangsa walaupun berdepan risiko terhadap keselamatan diri sendiri wajar dipuji.

“Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Kundang kelmarin.

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa. Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini. Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna.

“Saya juga mendoakan semoga ibu serta kedua-dua anak ini diberikan kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah SWT,” ujarnya.

Insiden berlaku selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam Tasik Biru mendorong sekumpulan pemuda terjun untuk menyelamatkan nyawa ketiga-tiga mangsa.

Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, seorang wanita berusia 40-an bersama dua anak perempuan berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Salah seorang pemuda itu, Mohamad Fahmi Ismail, 33, berkata, ketika kejadian, dia sedang menikmati juadah moreh sebelum dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp komuniti bahawa terdapat kereta Proton X50 tenggelam di Tasik Biru.

Dia bersama rakan-rakan kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, dia mendapati suasana bertukar panik dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kereta berkenaan yang hampir tenggelam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *