Kata Dua 10 Ahli Parlimen KEADILAN Mengecewakan

Zaliha berkta, sepatutnya 10 Ahli Parlimen itu perlu terlebih dahulu menyertai perbincangan dan perbahasan RUU secara teratur di Dewan Rakyat, yang dijadual berlangsung Selasa depan.
KUALA LUMPUR, 25 Feb – Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC) kecewa dengan tindakan 10 Ahli Parlimen PKR yang memberi kata dua sama ada menolak atau mengambil pendirian berkecuali ketika proses pengundian rang undang-undang (RUU) pemisahan kuasa Peguam Negara, sekiranya empat syor penambahbaikan dikemukakan ditolak kerajaan.
Pengerusi BBC, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata sepatutnya 10 Ahli Parlimen diketuai Rafizi Ramli itu perlu terlebih dahulu menyertai perbincangan dan perbahasan RUU secara teratur di Dewan Rakyat, yang dijadual berlangsung Selasa depan.
“Saya kecewa dengan tindakan mereka walaupun saya faham dengan kebimbangan mereka.

“Ramai lagi Ahli Parlimen yang mempunyai pandangan masing-masing yang saya kira seharusnya dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibincang dan dibahaskan dengan lebih teratur.
“Sementelah itu telah pun ada sesi taklimat oleh Kementerian (Jabatan Perdana Menteri) Undang-Undang dan Reformasi Institusi pada 23 Februari baru-baru ini, dengan sebahagian perkara telah pun dijawab oleh Menteri (Datuk Seri Azalina Othman Said) dan Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) sendiri,” katanya.
Beliau mengulas tindakan mereka memberi kata dua itu, namun ia akan dimuktamadkan selepas mempertimbang dapatan mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan Jumaat ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
