Tindakan Terhadap Hamzah Percepat Kemusnahan Bersatu

Perpecahan dalaman Bersatu disebabkan tindakan ke atas Hamzah juga sudah pasti memberi kesan signifikan terhadap Perikatan Nasional (PN) serta Pas yang disyaki menjadi antara ‘operator’ menumbangkan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Apa sahaja keputusan Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Timbalan Presidennya, Hamzah Zainudin tidak akan mengubah hakikat bahawa parti itu sedang di ambang perpecahan lebih besar dari jangkaan.

Sebaliknya, sebarang tindakan terhadap Hamzah yang mempunyai kekuatan tersendiri setelah dikhabarkan seramai 15 ahli parlimen dan beberapa ADUN bersamanya, hanya mempercepatkan lagi proses kejatuhan parti itu di seluruh negara.

Malah tidak mustahil perpecahan dalaman Bersatu juga sudah pasti memberi kesan signifikan terhadap Perikatan Nasional (PN) serta Pas yang disyaki menjadi antara ‘operator’ menumbangkan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN.

Walaupun Lembaga Disiplin Bersatu belum membuat sebarang keputusan terhadap Hamzah, ia sebenarnya hanya mempercepatkan lagi proses kejatuhan parti itu di seluruh negara.

Walaupun Lembaga Disiplin Bersatu setakat ini belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Hamzah, namun riak perpecahan jelas terserlah di sana sini termasuk desakan supaya Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden.

Sumber dalaman parti berkata lembaga masih meneliti dan sebarang ketetapan hanya akan dibuat selepas mengambil kira semua prosedur dalaman bagi memastikan ketelusan.

“Demi keadilan, Lembaga Disiplin parti belum membuat sebarang keputusan berkenaan perkara itu (status Hamzah dalam parti).

Isu kedudukan Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, mula menjadi bualan susulan desas-desus mengenai perpecahan kepimpinan dalaman Bersatu.

“Beliau (Hamzah) kini berada di luar negara dan tidak dapat hadir (untuk proses berkaitan),” katanya.

Mengulas lanjut, sumber itu meminta semua pihak tidak membuat sebarang ‘spekulasi liar’ yang boleh mengeruhkan keadaan, sebaliknya memberi ruang sepenuhnya kepada proses keadilan parti mengikut saluran ditetapkan.

Isu kedudukan Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, mula menjadi bualan susulan desas-desus mengenai perpecahan kepimpinan dalaman Bersatu.

Ura-ura pemecatan Hamzah daripada Bersatu mula timbul kembali ekoran Muhyiddin sudah ‘hilang sabar’ dengan timbalannya itu.

Sebelum ini, terdapat spekulasi yang mengaitkan nama Hamzah dengan beberapa tindakan disiplin, namun pucuk pimpinan parti menegaskan Bersatu kekal teguh di bawah teraju Muhyiddin.

Bagaimanapun, Hamzah yang menunggu ‘peluang’ Untuk menggantikan Muhyiddin juga menanti gerakan seterusnya termasuk kemungkinan menubuhkaj parti baharu sekiranya Bersatu mengambil tindakan disiplin dalam tempoh terdekat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *