Pengukuhan Ringgit: Hasil Kepimpinan Tegas Dan Keyakinan Baharu

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi hadir menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 12 Februari 2026. Foto Farhan Fauzi

PENDAPAT, 13 Feb – Berita bahawa ringgit melonjak ke paras RM3.89 berbanding dolar Amerika Syarikat, tertinggi dalam tempoh hampir lapan tahun, mencerminkan keyakinan yang semakin utuh terhadap asas ekonomi negara.

Dalam suasana global yang masih mencabar, pencapaian ini memberi isyarat jelas bahawa Malaysia berada di landasan yang stabil dan diyakini pasaran.

Prestasi memberangsangkan ini mencerminkan kejayaan YAB Perdana Menteri memimpin kerajaan, khususnya dalam konteks memastikan kestabilan politik serta hala tuju dasar ekonomi yang konsisten.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi hadir menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 12 Februari 2026. Foto Farhan Fauzi

Langkah mengurus perbelanjaan negara secara berdisiplin, membanteras ketirisan dan memperkukuh tadbir urus telah membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada pelabur serta komuniti perniagaan.

Bagi rakyat marhaen yang bekerja keras menyara keluarga, pengukuhan ringgit membawa impak positif yang nyata dalam kehidupan harian.

Nilai mata wang yang lebih kukuh membantu meringankan kos import barangan keperluan asas serta menyumbang kepada kestabilan harga.

Jam 6 petang 12 Februari 2026, ringgit melonjak kepada 3.8995/9060 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup Rabu pada 3.9110/9170.

Keadaan ini memberi ruang kepada kerajaan untuk terus memperluas bantuan dan perlindungan sosial tanpa menambah beban kewangan rakyat.

Keyakinan pelabur asing yang semakin meningkat turut membuka peluang pekerjaan baharu dan menarik pelaburan bernilai tinggi dalam sektor-sektor penting seperti teknologi, pembuatan lanjutan dan tenaga boleh diperbaharui.

Apabila lebih banyak syarikat antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka, maka lebih luas peluang-peluang ekonomi yang tersedia bagi anak muda dan usahawan tempatan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi hadir pada Majlis Makan Malam sempena Tahun Baharu Cina peringkat Indera Mahkota di Tokong Tow Moo Keong pada 12 Februari 2026. Foto Farhan Fauzi

Pengukuhan berterusan bagi ringgit menyampaikan mesej yang amat jelas. Dasar ekonomi yang dilaksanakan secara bijaksana, konsisten dan berintegriti mampu memulihkan keyakinan serta membawa manfaat terus kepada rakyat.

Pengukuhan ini bukan sekadar angka di pasaran kewangan, tetapi gambaran jelas bahawa usaha kerajaan hari ini, di bawah kepimpinan cemerlang YAB Perdana Menteri, telah mula membuahkan hasil yang nyata.

DATO’ AHMAD FARHAN BIN DATO’ SRI FAUZI
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *