Tindakan Tegas Terhadap Pihak Cetus Kebencian Kaum, Agama – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan ketua agama yang hadir di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-2 di Subang Jaya, Selangor pada 28 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA, 28 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kebencian antara agama dan kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya kepada amalan demokrasi dan kebebasan, namun perlu ada batasnya terutama di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum serta agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan ketua agama yang hadir di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-2 di Subang Jaya, Selangor pada 28 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jika anda mencipta, menyebar atau menghasut kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama, kita akan bertindak tegas terhadap anda.

“Perbuatan ini boleh menghancurkan asas perpaduan negara ini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan ketua agama yang hadir di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-2 di Subang Jaya, Selangor pada 28 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia Kali Kedua di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL), Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan ketua agama yang hadir di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-2 di Subang Jaya, Selangor pada 28 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, ketika mendapat maklumat mengenai perselisihan antara Thailand dan Kemboja pada bulan lalu, sehingga negara berjiran itu mula berbalas tembakan, Malaysia sebagai sahabat baik kepada kedua-dua negara berusaha menjadi perantara untuk menyelesaikan konflik itu.

“Kita segera menghubungi, merayu dan membawa mereka ke sini. (Kita katakan) mari kita berbincang segera, kita tidak berminat dengan konflik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ketua agama yang hadir di Sidang Kemuncak Pemimpin Agama Antarabangsa Ke-2 di Subang Jaya, Selangor pada 28 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah, kami berjaya mengekalkan keamanan dengan cepat,” katanya.

– Oleh Zanariah Abd Mutalib

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *