Mampukah Bradford City Cipta Kejutan Terhadap Newcastle United?

The Magpies perlu berwaspada dengan kekalahan Manchester United apabila melayan Bradford City pada pusingan ketiga Liga Inggeris pada 15 September 2025. Foto AFP
LONDON, 28 Ogos – Newcastle United akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan Piala Liga Inggeris (Carabao Cup) dengan menentang kelab divisyen tiga, Bradford City, di laman sendiri pada 15 September depan.
Menariknya, Bradford seakan mengambil inspirasi daripada kemenangan Grimbsy Town yang membenam cabaran Manchester United awal pagi tadi.
Undian yang dijalankan awal pagi tadi menunjukkan peluang Bradford menewaskan The Magpies tetap ada biarpun rekod pertemuan sebelum ini tidak memihak kepada mereka.

Sementara finalis musim lalu, Liverpool, pula akan menerima kunjungan Southampton di Anfield dalam misi menebus kekecewaan saat akhir tunduk kepada The Magpies di Wembley.
Newcastle, yang menamatkan kemarau trofi domestik selama 70 tahun selepas menewaskan Liverpool pada final, mendapat bye ke pusingan ketiga bersama kelab Liga Perdana Inggeris (PL) lain yang terlibat dalam Liga Juara-Juara atau Liga Europa.
Manchester City dijadualkan bertandang ke Huddersfield Town (Liga Satu), manakala Chelsea akan berkunjung ke Lincoln City. Arsenal pula dijadualkan berdepan Port Vale.
Kelab divisyen empat, Grimsby Town, yang mencipta kejutan dengan menyingkirkan United pada pusingan kedua, akan bertemu kelab Championship, Sheffield Wednesday.
Sementara itu, dua pertembungan sesama kelab Liga Perdana akan menyaksikan Brentford menentang Aston Villa serta Wolverhampton Wanderers menentang Everton.
Undian penuh pusingan ketiga Piala Liga:
Port Vale mln Arsenal
Swansea City mln Nottingham Forest
Lincoln City mln Chelsea
Tottenham Hotspur mln Doncaster Rovers
Brentford mln Aston Villa
Huddersfield Town mln Manchester City
Liverpool mln Southampton
Newcastle Utd mln Bradford City
Sheffield Wednesday mln Grimsby Town
Wolves mln Everton
Crystal Palace mln Millwall
Burnley mln Cardiff City
Wrexham mln Reading
Wigan mln Wycombe
Barnsley mln Brighton
Fulham mln Cambridge
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
