TERKINI: Semua Kapal Lalui Selat Hormuz Wajib Dapatkan Kebenaran Iran

Iran telah memberikan pelepasan kepada kapal tangki minyak Bangchak untuk melalui Selat Hormuz dan kembali ke Thailand. Foto Agensi
TEHRAN, 25 Mac – Semua kapal yang ingin melalui Selat Hormuz kini wajib mendapatkan kebenaran dan melakukan penyelarasan penuh dengan pihak berkuasa maritim Iran.
Komander Utama Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Laksamana Madya Alireza Tangsiri menegaskan bahawa setiap pergerakan kapal di laluan strategik itu perlu mendapat lampu hijau daripada pihaknya.
Menerusi hantaran di platform X pada Selasa, beliau mendedahkan bahawa kapal kontena SELEN telah diarah berpatah balik kerana gagal mematuhi arahan ditetapkan.

Arahan itu dikeluarkan gara-gara kapal berkenaan gagal mematuhi protokol undang-undang serta tidak mempunyai permit sah bagi melintasi selat itu, lapor Agensi Berita Mehr.
Tangsiri menjelaskan bahawa aliran trafik maritim di perairan berkenaan mulai sekarang tertakluk di bawah seliaan pihak berkuasa navigasi maritim Iran bagi memastikan setiap prosedur dipatuhi sepenuhnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
