Elak Buka Aib Di Media Sosial – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, perbuatan yang melanggar hukum seperti bertatu tidak sewajarnya dinormalisasikan oleh masyarakat pada 25 Mac 2026.
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Semua umat Islam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi hukum Syarak serta menjaga batas agama dan maruah diri daripada melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, perbuatan yang melanggar hukum seperti bertatu tidak sewajarnya dinormalisasikan oleh masyarakat.
“Setiap individu Muslim hendaklah memelihara iman dan maruah dengan mengelakkan perbuatan membuka aib di media sosial ketika berhadapan masalah, sebaliknya berusaha mendapatkan bantuan pakar,” katanya.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui KSKCareCentre di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menyediakan khidmat nasihat, kaunseling syarie dan terapi secara percuma.
Orang ramai boleh menghubungi MyCareJAKIM menerusi talian 03-8870 7538 / 7460 / 7454 untuk mendapatkan bantuan.
Sebelum ini, satu video memaparkan seorang pempengaruh dan pencipta kandungan mengaku mencacah tatu pada lengan kirinya tular di media sosial sehingga mengundang perhatian banyak pihak.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


