TERKINI: PM Anwar Rasmi Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Timbalan Presiden

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN setelah menang tanpa bertanding pada Pemilihan KEADILAN 2025 di Johor Bahru pada 23 Mei 2025.

JOHOR BAHRU, 23 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan secara rasmi mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.

Beliau diumumkan menang tanpa bertanding selepas tiada calon menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menyandang jawatan Presiden KEADILAN sejak 2018 hingga kini.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umum parti berkenaan.

Keputusan Pemilihan KEADILAN 2025-2028 yang diumumkan Dr Zaliha Mustafa pada 23 Mei 2025 di Johor Bahru.

Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri bertanding yang merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 85 bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan dan 62 untuk Majlis Pimpinan Wanita.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan parti itu, hari ini.

Dr Zaliha mengumumkan keputusan itu selepas selesai perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2025 sebentar tadi.

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi.

Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden KEADILAN pada 2018 ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan 2018, namun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *