TERKINI: Kuota BUDI95 Diselaras Kepada 200 Liter Sebulan Mulai 1 April – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada 26 Mac 2026.

PUTRAJAYA, 26 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan kuota RON95 menerusi BUDI MADANI RON95 (ROM95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga RON95 pula dikekalkan dengan subsidi RM1.99 seliter dengan kuota 200 liter berkenaan.

Bagi pemandu e-hailing pula, kuota bulanan dikekalkan pada 800 liter sebulan memandangkan tanggungjawab mereka yang terbabit dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada 26 Mac 2026.

Beliau berkata penyelarasan berkenaan tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

“Kita (sudah) meneliti apakah penggunaan BUDI95 ini mencukupi. Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, maknanya majoriti rakyat guna hanya 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang dari 200 liter sebulan, maka tidak terjejas.

“Oleh itu, kerajaan akan membuat penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026.

“Langkah ini tentunya sementara menunggu keadaan minyak, bekalan minyak dan ekonomi dunia pulih, tetapi belum ada tanda-tanda ke arah itu,” katanya

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, hari ini.

Pada masa sama, Anwar menegaskan inisiatif BUDI95 kekal pada harga RM1.99 seliter selain had siling bagi e-hailing dan pekerja gig sehingga 800 liter turut dikekalkan.

“Maka untuk meringankan beban rakyat, saya tegaskan BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

“Kita turut kekalkan had siling sehingga 800 liter (bagi pekerja gig dan e-hailing) mengambil kira tanggungjawab mereka, pekerjaan mereka, dan urusan yang mereka harus lakukan,” katanya.

Sektor swasta pula digesa melaksanakan inisiatif Bekerja Dari Rumah (WFH) secara berperingkat bagi mengurangkan kos operasi.

Penjawat awam boleh bekerja dari rumah secara berperingkat dan terpilih dengan langkah penjimatan dan mengelak pembaziran.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *