Konflik Asia Barat: Malaysia Sokong Peranan Mediasi Pakistan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif pada 26 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 26 Mac – Malaysia kekal berpendirian sebarang inisiatif ke arah menghentikan pertumpahan darah dan memulihkan kestabilan di Asia Barat wajar disokong sepenuhnya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan pendirian itu dizahirkan dalam perbualan telefon beliau bersama rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut menyambut baik peranan mediasi yang dimainkan Pakistan dalam meredakan ketegangan konflik di rantau terbabit, termasuk usaha mempertemukan pihak berkepentingan.

“Kami turut mengambil kesempatan bertukar ucapan Aidilfitri, sambil mendoakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat seluruh rakyat di kedua-dua negara,” katanya.

Semalam, Anwar menerusi satu video menyatakan bahawa Malaysia menyambut baik tawaran Pakistan untuk menganjurkan dialog antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang disifatkan bertepatan pada masanya dan konstruktif ketika ketegangan yang kian meruncing.

Menerusi video itu, Anwar memuji rakan sejawatnya, Shehbaz serta pemimpin negara lain termasuk Oman yang tampil membantu mempermudah usaha diplomasi.

Ketegangan terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *